JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T :
Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu
tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya(Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminyamarah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya
solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari
Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat
menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.Dan pada
hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Ya Allah...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang me-LIKE dan membagikan status ini.
0 komentar:
Post a Comment